Telekom Malaysia Bhd. (TM) dinamakan sebagai Penyedia Perkhidmatan Jalur Lebar Terbaik Tahun Ini dan Penyedia Perkhidmatan Alternatif Terbaik di Anugerah Telekomunikasi Frost and Sullivan Malaysia 2008.
TM mencatatkan pertumbuhan Internet yang ketara tahun lepas, memperoleh sejumlah 1.3 juta pelanggan dipacu terutamanya daripada aktiviti jualan dan promosi jalur lebar yang agresif seperti pengenalan pakej jalur lebar kelajuan tinggi antara 2.0 megabait sesaat (Mbps) dan 4.0 Mbps bagi pengguna dan Metro-E bagi pelanggan perniagaan, menawarkan lebar jalur yang dapat diukur penuh daripada 4.0 Mbps kepada satu gigabait sesaat.
...errr well tahniah atas kejayaan Besar TM.......tapi apasal line streamyx aku teruk sangat? kalau torrent tak lebih 5kb/s, direct download pun tak sampai 80 kb/s, jualan pun satu hal, tapi kena tengok after sales service la pulak, patut kena ada hadiah untuk penyedia perkhidmatan selepas jualan lah.

0 comments:
Post a Comment