Pengguna Internet di negara ini bakal menikmati kemudahan lebih pantas berkali ganda, setanding dengan komuniti maya negara-negara maju melalui projek pembangunan infrastruktur jalur lebar yang diumumkan oleh kerajaan hari ini.Kemudahan baru itu bakal melonjakkan Malaysia ke tahap dunia siber seperti di Hong Kong, Korea dan Singapura yang memberi impak besar kepada sosioekonomi rakyat.Ia umpama pembukaan sebuah lebuh raya yang akan memudahkan pelbagai aplikasi dimanfaatkan sepenuhnya seperti e-kerajaan, e-kesihatan, e-pendidikan, telekerja (bekerja dari rumah), e-pembayaran dan TV dengan Protokol Internet (IPTV).
pengguna juga kelak hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk memuat turun dokumen bersaiz 10 Megabait (MB) berbanding lima minit sekarang. jika dahulu perkhidmatan bekalan air dan elektrik merupakan faktor utama untuk menarik pelaburan, kini perkhidmatan jalur lebar pula menjadi keperluan asas.
Wokeh, setuju dan suka sangat dengan langkah yang di ambil oleh Kerajaan, harap-harapnya penyedia perkhidmatan jalur lebar juga diperbanyakkan supaya wujudnya persaingan yang sihat untuk kepentingan pengguna.
0 comments:
Post a Comment